Monday, February 7, 2011

Rabu - 9 Februari 2011

10.45 pagi
Pilih dan Sediakan Makanan Yg Kurang Garam dan Sos


Pengambilan yg berlebihan sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi dan pelbagai masalah kesihatan. Garam juga terdpaat dalam makanan yg dijeruk seperti telur masin, ikan masin, jeruk buah atau sayur asin.

Kiub perasa, sos, kicap, budu, belacan dan cencaluk juga tinggi kandungan garam. Hadkan atau kurangkan pengambilan makanan ini. Gunakan perasa asli seperti bawang, limau nipis, serai atau rempah ratus untuk menggantikan perencah atau kiub perasa yg tinggi garam.



1.45 tengah hari
Ambil Makanan Dan Minuman yg Kurang Gula



Gula membekalkan sumber tenaga segera yg mudah diserap oleh tubuh. Gula boleh didapati secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan termasuklah dalam susu dan buah2an.

Pengambilan gula yg berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kencing manis, gigi rosak dan lain2 lagi.

0 comments:

Post a Comment