Wednesday, October 6, 2010

Khamis - 14 Oktober 2010

10.45 pagi
Makanan Sihat dengan Kos Murah
  • Minum banyak air. Air kosong sangat murah dan sihat. Berhenti mengambil minuman soda atau berkarbonat. Sentiasa bawa botol air ke mana sahaja anda pergi.
  • Beli penapis air, pasang di rumah dan minum terus dari paip. Keluarkan belanja besar hanya sekali untuk membeli penapis air yg berkualiti. Cuba bandingkan kosnya jika anda membeli air mineral dari kedai setiap hari.
  • Makanlah telur kerana ia mengandungi banyak vitamin, tinggi protein dan murah harganya.
  • Makanlah dadih kerana ia sumber protein yg paling murah.
  • Tuna dalam tin mengandungi banyak protein, sama seperti daging. Sesekali, tukarkan tuna dengan telur, daging atau dadih. Anda akan mendapat jumlah protein harian yg sangat mencukupi.


1.45 tengah hari
Makanan Sihat dengan Kos yg Murah
  • Beli sayur sejuk beku kerana masa yg diperlukan untuk penyediaannya sangat pantas.
  • Amalkan multivitamin yg memberikan anda semua jenis vitamin dalam 1 tablet.
  • Minyak ikan Omega 3 merendahkan tahap kolestrol, mengikis lemak tubuh dan mengurangkan inflamasi. Anda perlu makan lemak ikan sekurang2nya 3 kali seminggu untuk mendapatkan kebaikan tersebut.
  • Beli kerana khasiat bukan kerana jenama. Kebanyakkan makanan yg berjenama hebat memang mahal. Jika anda membelinya, anda sebenarnya membayar utk jenamanya. Makanan tetap makanan, jadi pilihlah yg lebih murah.
  • Beli secara borong. Dengan cara itu, anda membayar dengan harga diskaun kerana membeli secara borong, menjimatkan masa dan minyak kereta.

0 comments:

Post a Comment