Tips Penjagaan Rambut Bagi Yang Bertudung10.45 pagi
- Pilih tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik kain kapas. Fabrik yg mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara di kepala anda.
- Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakian. Anda boleh menvariasikan gaya anda begitu namun ingat, jangan melebihi 4 lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda makin sukar rambut anda bernafas.
- Seelokknya, jangan sesekali memakai anak tudung anda berulang kali kerana ini akan membuatkan rambut anda sukar bernafas dan berpotensi membuatkan kulit kepala anda lembap dan berbau.
- Jika anda memakai tudung, sebaiknya potong rambut anda pendek dan biarkan ia lepas mengurai. Jika ingin mengikat rambut anda, jangan terlalu ketat. Pilihan terbaik, jangan simpan rambut anda melebihi 60 sentimeter.
- Hindari pemilihan kain tudung bewarna gelap seperti hitam jika anda banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala anda akan mudah gatal.
Uban Tiada Lagi!1.45 tengahari
- Ambil daun inai mengikut keperluan. Bersih dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan beberapa titis air agar inai yang sudah hacur itu mudah digaul. Sapukan oada rambut yang beruban. Bungkus rambut dengan tuala bersih dan biarkan 1 jam. Bersihkan rambut seperti biasa. Rambut yg beruban lebih menarik kerana kemerah-merahan.
- Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian ambil beberapa sudu pati santan dan gaul sebati. Biarkan menjadi larutan syampu. Kemudian dimasak di dalam periuk sehingga terbit minyak. Ambil minyak itu dan sapu pada rambut beruban.
0 comments:
Post a Comment