Wednesday, November 18, 2009

Rabu - 2 Disember 2009

Agar Mata Tetap Sihat Bersinar
10.45 pagiSatu kajian dari Brigham and Womenis Hospital menunjukkan bahawa iritasi dan sensitiviti terhadap cahaya bagi sindrom mata kering boleh dicegah dengan mengambil lebih banyak ikan berlemak. Mata kering biasanya berlaku kerana pertambahan usia. Pengeluaran air mata lebih lambat sehingga sukar untuk melihat komputer dan memandu. Beberapa ikan yang berlemak ada dalam salmon, sardin dan makarel.



7 Aktiviti Berbahaya Selepas Makan Makanan Berat
1.45 tengahari

  • Kajian menunjukkan bahawa menghisap sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok, yang membawa maksud peluang untuk mendapat kanser adalah lebih tinggi.
  • Terus memakan buah2an selepas makan makanan berat boleh menyebabkan perut dipenuhi air. Oleh itu, ambil buah2an 1 hingga 2 jam selepas makan makanan berat atau 1 jam sebelum makan makanan berat.
  • Daun teh mengandungi asid yang tinggi. Jika diambil selepas makan makanan berat, protein yang terkandung dalam makanan anda akan lebih sukar untuk dihadam.
  • Mandi selepas makan makanan berat akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki, badan dan di sekitar perut. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.
  • Orang selalu berkata berjalan selepas makan makanan berat boleh memanjangkan usia anda tetapi sebenarnya berjalan selepas makan makanan berat akan menyebabkan sistem penghadaman tidak dapat menyerap nutrisi dari makanan yang kita makan.
  • Tidur selepas makan makanan berat mengakibatkan makanan yang kita ambil tidak dapat dihadam dengan baik. Ini akan menyebabkan penyakit gastrik di dalam tubuh badan kita.

0 comments:

Post a Comment