- Pastikan cahaya dipancarkan terus kepada apa yang sedang anda lakukan jika kerja2 yang memerlukan penelitian. Gunakan cahaya terang jika diperlukan terutamanya jika penglihatan berkurangan akibat penyakit mata.
- Apabila membaca, cuba untuk tempatkan sumber cahaya di belakang anda dan pastikan cahaya itu terus ke bahan bacaan yang sedang dibaca. Jika membaca di meja, gunakan lampu membaca di hadapan anda. Pelindung lampu meja itu akan melindungi cahaya terus ke mata anda.
- Apabila menonton televisyen, pastikan cahaya lampu suram kerana pertentangan antara skrin televisyen dan persekitaran boleh menyebabkan keletihan mata.
Wajah Bersih dan Licin
1.45 tengahari
Petua mudah untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih dan licin. Ambil segenggam beras pulut dan digoreng. Kemudian, beras pulut dikisar halus. Apabila ingin mencuci muka, ambil sedikit ramuan itu dan campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka hingga rata dan gosok perlahan-lahan. Biarkan selama 10 minit sebelum membersihkan wajah.
0 comments:
Post a Comment