Thursday, November 5, 2009

Jumaat - 13 November 2009

Makanan Membangun Otot
10.45 pagiPutih telur - Merupakan sumber protein yang sempurna untuk membangun otot kerana mempunyai nilai biologi yang paling tinggi serta kandungan yang paling tinggi.

Taugeh - Mempunyai khasiat yang luar biasa pada tubuh. Kandungan vitamin E yang tinggi pada taugeh berfungsi sebagai antioksida yang dapat mencegah radikal bebas yang terjadi setelah melakukan latihan beban. Semakin otot terkena radikal bebas, semakin cepat pemulihan otot dan pertumbuhannya.

Ikan - Kandungan asid omega 3 dapat membantu mencegah penguraian otot setelah kita melakukan olahraga. Oleh itu, massa otot akan semakin berkembang.

Yogurt - Kandungan CLA pada yogurt membantu mengurangkan lemak pada tubuh. Selain itu, kandungan karbobihdrat yang tinggi dan bersih dapat membantu tubuh anda yang sangat memerlukan karbohidrat selesai membuat kerja berat.

Avokado - Kandungan lemak tak tepu berfungsi sebagai anti katabolik sehingga dapat mencegah kerosakan otot dan memperkuatkannya.

Air - Tubuh dan otot terdiri daripada 80% air. Oleh itu, air berperanan penting untuk pertumbuhan otot. Hasil kajian menunjukkan bahawa otot yang mengandungi cukup air lebih mudah membuat sintesis protein dibandingkan jika kekurangan air.

Kopi - Kopi mengandungi kafein yang dapat memacu kerja jantung sehingga otot dapat bekerja lebih kuat untuk mengangkat beban. Selain itu, ia juga dapat membantu pembakaran lemak seterusnya dapat melangsingkan tubuh. Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dnegan kafein, sebaiknya jauhi kopi. Kurangkan pengambilannya kerana ia mempunyai pengaruh pada hormon kortisol.



Faktor Kerosakan Otak
1.45 tengahariTidak bersarapan - Sarapan pada pagi hari membuat tubuh mendapat glukosa yang cukup melalui darah, glukosa dialirkan ke otak sehingga otak dapat bekerja secara optimum.

Makanan berlebihan - Makan secara berlebihan membuat glukosa berubah menjadi lemak tepu yang akan membebani pembuluh darah otak dan dapat melemahkan kerja otak kerana kurang mendapat oksigen dan glukosa yang segar.

Rokok - Mengakibatkan sel2 otak terbakar dan dapat menjadi salah satu penyebab penyakit Alzheimer.

Penggunaan gula berlebihan - Mengambil gula buatan seperti gula pasir, gula merah dan madu secara berlebihan dapat menganggu penyerapan protein dan nutrisi, sehingga otak tidak berkembang dengan sihat.

Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

Tidur berlebihan - Tidur sangat baik untuk mengisyaratkan kerja otak, namun bila berlebihan dapat menyebabkan sel2 otak mati, terutama jika kita tidur dalam keadaan menutup muka, maka otak lebih banyak menerima karbon dioksida dan akan merosakkan otak.

Jarang berfikir - Bererti jarang menggunakan otak, maka akan melemahkan kemampuan otak kerana otak tidak bekerja dengan optimal.

0 comments:

Post a Comment