Thursday, November 5, 2009

Khamis - 26 November 2009

Ketawa Penawar No 1
10.45 pagiKajian menunjukkan bahawa ketawa adalah cara terbaik untuk melepaskan emosi negatif tanpa sebarang kemudaratan. Ketawa mengurangkan rasa cemas, depresi dan ketakutan. Kajian yang dijalankan oleh College of Medicine di University of California, Irvine, melihat bagaimana ketawa mempengaruhi tahap stres dan fungsi sistem imun. Banyak cara yang boleh membuatkan anda ketawa sepeti meonoton filem komedi, bermain dengan haiwan peliharaan, bermain dengan anak2 atau membaca buku jenaka.



Bangun Awal Setiap Hari
1.45 tengahariMenurut pakar kronobiologis (pakar yang mengkaji tentang rentak psokologikal tubuh), badan kita diprogramkan secara semulajadinya untuk bangun setelah tidur selama 7 atau 8 jam. Secara biologinya, kebanyakan kita mempunyai jam loceng tubuh yang akan "berdering" kira2 jam 7 pagi. Sebaik sahaja bangun pagi, singkap langsir dan buka tingkap untuk mendedahkan badan kepada cahaya matahari pagi.

Ini akan mengembalikan semula jam tubuh kepada keadaan asal yang membolehkan kadar hormon melatonin (hormon yang merangsang tidur) menurun. Kesannya, anda akan menjadi cergas dan berjaga selama 16 jam pada waktu siang dan menjadikan anda mengantuk semula pada waktu malam. Jadikan ia rutin harian untuk membantu tubuh menjana semula tenaga yang diperlukan.

0 comments:

Post a Comment