Monday, November 30, 2009

Jumaat - 11 Disember 2009

Makan dan Kekal Langsing
10.45 pagiAmbil Snek jam 3 petang setiap hari

Kekosongan waktu antara makan tengahari dan makan malam perlu diisi dengan pengambilan snek yang betul tetapi bukanlah makanan ringan yang tidak berzat. Snek boleh juga membantu tubuh membakar tenaga dengan betul dan dapat mengelakkan anda menjadi terlalu lapar.

Ia juga membantu anda makan dalam kuantiti yang banyak pada malam hari. Anda dinasihatkan mengelakkan makanan seperti gula2 dan coklat. Makanan seperti yogurt, epal, biskut, keju ataupun telur separuh masak amat digalakkan kerana ia dapat membekalkan tenaga berpanjangan pada tubuh badan.


1.45 tengahariMakan kulit buah atau sayur

Khasiat buah2an dan sayur2an kebanyakkannya terkandung pada kulit berbanding isinya. Mulakan rutin baru dengan memakan buah2an atau sayur2an dengan kulitnya sekali untuk kebaikan yang lebih. Untuk buah oren pula, jangan buang urat2 putih di sekeliling isinya sebaik anda mengupas kulitnya kerana urat2 putih inilah terletaknya kebaikan serat yang diperlukan dan ia kaya dengan flavanoid.

0 comments:

Post a Comment