Friday, October 16, 2009

Rabu - 11 November 2009

Kekalkan Kesihatan
10.45 pagi
Kunci utama kesihatan adalah dengan mengekalkan kecergasan badan kerana setiap 10 tahun, orang dewasa kehilangan antara 2.7 hingga 3.2 kg otot yang akan digantikan dengan lemak jika tidak bersenam. Malah, umur 19 hingga 39 tahun adalah tempoh kritikal untuk membina kesihatan tulang dan senaman mampu membantu mempercepatkan proses ini, selain melambatkan kadar kehilangan tulang apabila tua. Paling penting, pastikan badan menerima cukup air (8 gelas sehari) dan seperkara yang perlu diketahui, sensitiviti badan terhadap dahaga menurun dengan peningkatan usia. Maknanya, kita mungkin salah mentafsir isyarat dahaga kepada lapar dan menyebabkan kita makan lebih banyak daripada keperluan harian. Sebaik2nya apabila terasa ingin makan, penuhi keinginan itu dengan minum air. Ia bukan saja boleh mengelakkan masalah kekeringan, tetapi secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan berat badan.


Cegah Bau Mulut (Halitosis)
1.45 tengahari

Bau mulut atau Halitosis merupakan masalah umum yang sering berlaku di kalangan orang dewasa. Halitosis biasanya berlaku kerana pemecahan protein oleh bakteria di mulut, kerosakan gigi, penyakit gusi, mulut kering, sisa makanan tertinggal di celah2 gigi, sinusitis dan pneumonia. Dalam sesetengah kes, bau mulut merupakan petanda bahawa ada masalah kesihatan lain yang lebih serius.

Langkah2 berikut boleh membantu menghindar daripada masalah masalah mulut berbau;
  • Selain memberus gigi, penting untuk membersihkan celah2 gigi dengan dental floss.
  • Gunakan pembersih lidah dan berus lidah hingga ke bahagian belakang (pangkal lidah).
  • Gunakan formula ubat kumur yang disarankan doktor atau beli di farmasi. Waktu terbaik menggunakannya adalah sebelum tidur.
  • Banyakkan minum air tetapi hindari minum terlalu banyak kopi.
  • Bersihkan mulut setelah mengambil produk susu, ikan dan daging.
  • Makanlah sayuran kaya serat dalam keadaan segar.
  • Tidak ada salahnya bila anda berkumur2 setelah makan. Apabila anda tidak memberus gigi, berkumurlah dengan air bersih.
  • Kunjungi doktor gigi secara teratur dan bersihkan gigi secara profesional iaitu setiap 6 bulan sekali.
  • Hindari makanan yang berbau menyengat misalnya bawang putih, bawang merah, petai dan lain2.

0 comments:

Post a Comment