10.45 pagi

Oren kaya dengan sumber kandungan bahan yang memberi perlindungan seperti vitamin A, B, C, kalsium, sodium, potasium, magnesium, tembaga, sulfur dan klorin. Vitamin C dalam oren mempunyai peranan dalam mencegah kanser, pengaliran darah yang sihat dan penyembuhan luka. Vitamin A dan kalsium juga dikatakan amat bernilai dalam penyakit berkaitan tulang dan gigi. Penyakit dalam struktur gigi selalunya disebabkan oleh kekurangan Vitamin C dan kalsium.
Vitamin B pula merupakan sumber untuk folat yang amat berguna dalam mencegah kecacatan bayi dan melawan penyakit jantung. Oren juga mengandungi serat yang larut dalam air yang dikenali sebagai pektin. Kajian mendapati pektin membantu mengurangkan tahap kolestrol dalam darah dan menghalang rasa lapar sehingga kira2 4 jam selepas makan.
Oren juga membekalkan 80 kalori bebas lemak yang disertai dengan karbohidrat yang bertenaga yang dapat menambahkan tahap tenaga dalam badan serta sejumlah kimia phyto yang dikatakan mampu menentang penyakit berkaitan dengan peningkatan usia. Anti oksida dalam oren pula dapat melindungi kulit daripada bahan radikal bebas yang diketahui boleh mneyebabkan tanda2 penuaan.
Jus oren dikatakan sebagai makan yang bagus untuk bayi yang tidak diberi susu ibu. Cara ini mampu menghalang skurvi dan riket dan membantu pembesaran. Jus ini juga boleh diberi kepada bayi yang telah besar iaitu bayi yang pembesaran mereka tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

Penggunaan jus oren yang telah dicampur dengan secubit garam dan 1 sudu makan madu dikatakan ramuan yang efektif untuk tuberkulosis, asma, demam biasa, bronkotis dan batuk yang berkaitan dengan kesukaran mengeluarkan kahak.
Oren juga dikatakan amat baik dalam rawatan sembelit. Ambil 1 atau 2 biji oren sebelum tidur dan sekali lagi setelah bangun pagi untuk merangsang tindakan usus. Kulit oren yang ditumbuk dengan lesung batu dan dicampurkan sedikit air boleh digunakan sebagai ramuan merawat masalah jerawat.
Tips Sihat dan Cantik Untuk Gadis Metropolitan
1.45 tengahari

- Awas kadar kolestrol - Kolestrol yang tinggi boleh mengakibatkan serangan sakit jantung dan meningkatkan risiko stroke.
- Berhenti merokok - Merokok boleh menyebabkan seseorang itu mendapat risiko terkena kanser dan serangan sakit jantung.
- Ujian pap Smear secara teratur - Pemeriksaan awal membolehkan kita mengetahui dan mencegah penyebaran kanser.
- Lakukan pemeriksaan payu dara - Berjumpalah dengan pakar kesihatan anda, pengecahan awal selalunya lebih baik.
- Lakukan pemeriksaan tekanan darah - Semakin tinggi tekanan darah, semakin tinggi risiko seseorang itu diserang sakit jantung.
- Rehatlah secukupnya - Berehat sangat penting untuk tubuh badan yang keletihan. Lakukan cara untuk relaks yang berkesan seperti bermeditasi dan berehat di rumah.
0 comments:
Post a Comment