Monday, August 10, 2009

Rabu - 19 Ogos 2009

Tips Miliki Rambut Cantik
10.45 pagi
Bagi menguatkan akar rambut selain mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada kulit, gunakan tonik rambut setiap kali selepas anda bersyampu. Selain itu, serum juga boleh digunakan seminggu sekali untuk merawat kulit kepala yang sensitif terutama bagi mereka yang memiliki rambut jenis berminyak, mudah rosak ataupun berjerawat.

Selain itu, ketika anda mengeringkan rambut dnegan pengering rambut, hindari suhu yang terlalu panas. Selain boleh merosakkan rambut, penggunaan pengering juga bleh menyebabkan kesihatan kulit kepala terganggu sehingga menimbulkan masalah kulit kepala berkelumumur.


Kurangkan Kalori Tingkatkan Daya Ingatan
1.45 tengahari
Rasa lapar yang keterlaluan membuatkan kita makan berlebihan tanpa memperhatikan jumlah kalori yang diambil. Akibatnya, tanpa disedari, kita telah menambah berat badan, mengundang pelbagai penyakit berisiko dan menurunkan ketajaman daya ingatan kita.

Menurut pakar dari Jerman, mengurangkan 1/3 kalori dari jumlah yang anda makan boleh meningkatkan daya ingatan. Di dalam kajian pakar tersebut, responden dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama menerapkan pola diet seimbang dengan jumlah kalori normal, kumpulan kedua menerapkan pola diet seimbang dengan jumlah asid lemak tidak tepu yang lebih tinggi, manakala kumpulan ketiga menerapkan diet dengan jumlah kalori yang terbatas.

Selepas tiga bulan, kumpulan pertama dan kedua memiliki kemampuan memori yang sama, namun kumpulan ketiga menunjukkan kemampuan memori yang lebih baik. Malah, mereka juga mengalami peningkatan dari segi kesihatan fizikal dengan adanya penurunan kadar insulin dan tanda-tanda peradangan yang lebih sedikit. Tambah pakar diet, diet yang diamalkan ini memelihara sel otak agar tetap sihat sehingga boleh meningkatkan daya ingatan mereka.

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulangsiar pada hari Jumaat, 25 Nov 2011.

Post a Comment