Thursday, August 6, 2009

Jumaat - 14 Ogos 2009

Tips Kawal Berat Badan (1)
10.45 pagi
  • Bagi yang mahu berdiet, rutin makan tetap perlu diteruskan. Apa yang perlu diubah ialah mengurangkan pengambilan lemak yang banyak.
  • Awas pengambilan kolestrol. Pastikan ia tidak melebihi 30mg dalam satu hari
  • Gula yang bukan semulajadi dan telah diproses tidak begitu bagus untuk tubuh dan kesihatan. Pastikan ia hanya ada 10% gula dalam makanan yang dijamah.
  • Lemak terbahagi kepada 2 jenis - polyunsaturated dan monounsaturated. Pengambilan kedua-duanya mungkin sukar dielak, namun pastikan ia tidak melebihi tenaga atau dalam lingkungan 10%.
  • Tidak semuanya perlu dielak bahkan anda digalakkan untuk mengambil gula semulajadi atau yang masih belum diproses bagi menambah tenaga. Penggunaan karbohidrat kompleks juga boleh membantu.

Tips Kawal Berat Badan (2)
1.45 tengahari
  • Persepsi mengelak lapar mampu menjadi kurus adalah kurang bertepatan. Jadi usah terus menyeksa diri dan terus berlapar.
  • Perbanyakkan makanan berbentuk sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kacang.
  • Secara perlahan-lahan, kurangkan kuantiti makanan dalam pinggan. Lama kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan
  • Diet seimbang sahaja tidak cukup sebaliknya anda perlu mengamalkan senaman berkala mengikut kelapangan waktu.
  • Secara keseluruhannya, anda harus mempunyai gaya hidup sihat. Selain bersenam, anda juga boleh beriadah dan melakukan aktiviti lain.
  • Mengetahui isi kandungan dan bilangannya adalah amat berguna. Anda bukan sahaja dapat mengawalnya bahkan dapat merancang apa yang perlu atau tidak.
  • Detoks boleh dilakukan dengan meminum air putih sebanyak mungkin atau sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulang siar pada hari Khamis, 24 Nov 2011.

Post a Comment