Wednesday, August 5, 2009

Khamis - 13 Ogos 2009

Hilangkan Kedutan dan Tegangkan Wajah
10.45 pagi
Ramai yang mengalami kedutan di wajah terutama pada golongan yang berusia. Jangan risau, ada cara untuk mengatasinya. Ambil satu biji manjakani diasah menjadi serbuk. Campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit perahan air asam jawa. Jadikan sebagai masker dan disapu ke bahagian yang berkedut atau di wajah anda. Lakukan setiap malam sebelum tidur selama 20 - 25 minit dan bilas dengan air suam. Insya Allah kulit tidak akan berkedut lagi.


Tips Bercukur Dengan Sempurna
1.45 tengahari
  • Bersihkan muka - Sebelum bercukur, cuci atau bersihkan bahagian wajah dengan pencuci muka. Dengan ini, ia akan melicinkan muka sekaligus memudahkan anda ketika bercukur.
  • Bahan pelembap / Vitamin C - Membersihkan muka dengan menggunakan air sahaja seblum memadai. Penggunaan bahan-bahan pelembap yang terdapat pada pencuci muka misalnya bukan sahaja dapat membersihkan muka tetapi dalam masa yang sama ia membantu menanggalkan segala saki-baki kotoran degil sekaligus melembutkan rerambut pada wajah yang hendak dicukur.
  • Jangan bercukur ketika muka kering - Kulit yang kering dan kasar berisiko mendapat luka apabila dicukur. Guna pelembap yang sesuai dengan jenis kulit anda sama ada jenis krim atau buih terlebih dahulu. Bahan yang terdapat dalam pelembap ini selain menutup pori-pori pada wajah, ia juga melembap segala rerambut. Gunakan berus yang sesuai untuk menyapu losyen atau krim agar dapat meratakannya pada bahagian hendak dicukur.
  • Pemilihan pisau cukur - Ada pisau pencukur bermata tunggal dan berlapis. Pisau cukur yang mempunyai mata berlapis dikatakan lebih sesuai digunakan dan menjimatkan kerana reka bentuknya membantu melancarkan cukuran. Bilas pisau cukur menggunakan air paip yang mengalir sambil mengetuknya sedikit untuk menanggalkan segala rerambut daripada mata pisau. Sebaiknya, guna mata pisau pakai buang.
  • Kekerapan bercukur - Bergantung berapa cepat misai atau janggut tumbuh. Lazimnya sestengah lelaki bercukur 2 atau 3 kali seminggu.
  • Teknik bercukur - Lakukan menggunakan teknik yang anda selesa. Untuk rerambut yang panjang, anda boleh cukur terlebih dahulu mengikut arah ia tumbuh. Untuk merapikan atau melicinkannya atau untuk rerambut yang pendek, gunakan teknik berlawanan arah ia tumbuh.
  • Bersikap tenang - Sikap tergesa-gesa menyebabkan anda terluka ketika bercukur. Ambil masa dan beri tumpuan. Elakkan menekan pisau terlalu kuat pada wajah. Bagi yang baru belajar bercukur, eloklah berlatih mencukur seperti bola plastik atau belon tanpa memecahkannya.
  • Lap guna tuala bersih dan lembut.
  • Selepas bercukur - Biarkan kulit anda dalam keadaan rehat dengan mengeringkannya. Tutup kembali pori-pori kulit dengan menyapu losyen atau aftershave cologne.
  • Luka - Jangan teruskan pencukuran jika anda mengalami luka. Bersihkan bahagian luka berkenaan dengan tisu terlebih dahulu sebelum kembali bercukur. Sapukan sedikit ubat luka.

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulangsiar pada hari Jumaat, 18 Nov 2011.

Post a Comment