10.45 pagi
Hidung berdarah atau epistaksis biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah. Punca hidung berdarah ialah ;- Kecederaan di hidung
- Udara yang terlampau sejuk atau kering
- Menghembus hidung dengan kuat
- Terlalu kerap bersin
- Ketumbuhan dalam rongga hidung
Jangan panik sekiranya hidung anda berdarah. Rawatan segera ;
- Duduk dan tunduk ke hadapan
- Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
- Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
- Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
- Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
- Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor.
Mencari Kasut Yang Sesuai
1.45 tengahari
Keselesaan dan kesihatan kaki perlu dititikberatkan. Kaki merupakan anggota yang paling banyak terbeban kerana ia terpaksa menanggung hampir keseluruhan berat badan seseorang. Hampir 90% masyarakat kita tidak tahu memilih kasut yang sesuai dengan kaki sendiri. Kaki yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan kesakitan pada seluruh badan seperti leher, lutut, belakang badan serta tumit. Bagaimana caranya memilih kasut yang sesuai dengan kaki anda?- Beli kasut pada lewat petang kerana kaki kita berada dalam saiz sebenar pada waktu itu.
- Cuba kedua-dua belah kasut dan pastikan anda selesa memakainya. Kaki kanan biasanya lebih besar daripada kaki kiri. Belilah kasut yang besar sedikit daripada saiz kaki anda.
- Jika ingin membeli kasut bertutup, pastikan jari kaki anda dapat digerakkan dalam kasut.
- Jari kaki harus selesa ketika anda menyarungkan kasut anda. Jangan biarkan ia tersepit atau mudah tercabut.
1 comments:
Diulang siar pada hari Jumaat, 7 Okt 2011.
Post a Comment