Wednesday, July 1, 2009

Khamis - 16 Julai 2009

Khasiat Air
10.45 pagi

Antara 55 hingga 75% berat badan adalah air. Air bahan kedua terpenting selepas oksigen yang diperlukan oleh tubuh. Berikut adalah antara sebab kenapa tubuh memerlukan air ;
  • Ia membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.
  • Ia membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang
  • Untuk menyelaraskan suhu badan 24 jam setiap hari
  • Memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran
  • Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi mengagihkan nutrien makanan ke seluruh tubuh. Hampir 92% kandungan darah adalah air.
  • Rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air. Sistem penghadaman menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari.
Disebabkan itu, dalam keadaan normal, tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia berfungsi secara optimum. Jumlah ini juga bergantung kepada saiz, diet, sejauh mana individu itu mengamalkan gaya hidup aktif dan keadaan cuaca persekitaran.

Ikuti Petua Cantik dan Sihat jam 1.45 tengahari nanti untuk mengetahui bagaimana tubuh boleh kehilangan air.

(bersambung jam 1.45 tengahari)

Khasiat Air
1.45 tengahari

Tubuh boleh kehilangan air ;
  • Melalui pernafasan, perpeluhan dan penyingkiran bahan kumuh tubuh anda kehilangan 1.7 liter air setipa hari.
  • Dalam cuaca panas, perpeluhan meningkat menjadi lebih banyak air diperlukan bagi membantu menyelaraskan suhu badan dan menjadikan anda berasa selesa.
  • Ketika cuaca sejuk, lembapan tambahan hilang melalui pernafasan.
  • Bagi setiap jam aktiviti fizikal atau bersenam, anda memerlukan tambahan 1 hingga 3 gelas air.
  • Sistem haba berpusat memberi kesan kekeringan, jadi anda perlu minum lebih banyak air.
Tahukah anda, air adalah penahan selera secara semulajadi. Kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan, kerana otak tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga, jadi apabila anda fikir anda berasa lapar, kemungkinan tubuh sebenarnya memerlukan air. Minum segelas besar air sebelum anda makan kerana itu yang mungkin diperlukan oleh tubuh bukannya makanan sepertimana yang difikirkan oleh otak anda.

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulangsiar pada hari Jumaat, 16 September 2011.

Post a Comment