10.45 pagi
Ramai yang tidak menyedari tubuh sedang mengalami penyahhidratan. Antara simptom-simptom yang menunjukkan tubuh anda dahagakan air ;- Pening - Salah satu fungsi utama air ialah membuang toksin dari tubuh. Otak manusia mengandungi 75% air, jadi walaupun mengalami sedikit penyahhidratan, boleh menyebabkan pening kepala.
- Letih atau lemah tumpuan - Jika tubuh mengandungi terlalu banyak toksin dan tidak cukup air untuk mengeluarkannya, anda akan berasa kurang bertenaga kerana tubuh bergelut dengan toksin.
- Sembelit - Air melawaskan proses penyingkiran najis, jadi, minumlah air secukupnya untuk melancarkan penyingkirannya.
- Mengurangkan pengeluarna air kencing atau air kencing kotor - Buah pinggang adalah penapis bahan-bahan buangan dari darah. Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buang pinggang setiap hari. Proses ini bergantung kepada bekalan air segar yang secukupnya, tanpanya pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buanagan menjadi lebih pekat dan menghasilkan kencing kotor.
- Mulut berbau - Jika cecair tidak cukup di dalam mulut untuk membersihkan sisa-sisa makanan, bakteria akan membiak di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau.
- Mulut kering - Air liur merupakan bahan pelincir mulut, penyahhidratan mengurangkan jumlah air liur.
(bersambung jam 1.45 tengahari)
Penyahhidratan
1.45 tengahari
Penyahhidratan yang teruk boleh menyebabkan
- Ketegangan otot - Ini berlaku apabila tidak cukup oksigen sampai ke otot melalui pembuluh darah disebabkan tubuh tidak cukup air.
- Kulit - Kulit yang tidak cukup air akan hilang keanjalan. Ujinya dengan mencubit kulit di belakang tangan dan ia akan terlepas dengan serta merta
- Mata - Mata cengkung dan kulit di sekeliling mata sembab menandakan penyahhidratan yang teruk.
1 comments:
Diulangsiar pada hari Jumaat, 14 Oktober 2011.
Post a Comment