Thursday, July 9, 2009

Rabu - 22 Julai 2009

Elak Pakaian Ketat Ketika Tidur
10.45 pagi

Kajian dari Tokyo, Jepun mengatakan pakaian yang ketat semasa tidur menimbulkan masalah dan mempengaruhi fungsi organ. Begitu juga dengan wanita yang memakai pakaian dalam boleh menganggu sistem pernafasan dan juga aktiviti seharian. Sebenarnya, apabila anda berpakaian longgar semasa tidur, ia memberi kenyamanan dan keselesaan. Malah, ia juga membantu anda dalam ;
  • pengaliran darah yang lebih lancar dan sempurna
  • tubuh dapat bergerak bebas sehingga dapat memberikan tidur yang lebih tenang dan nyenyak
  • tanpa pakaian dalam, kehangatan tubuh akan meningkat dan
  • kulit menjadi halus kerana memperolehi oksigen yang lebih banyak

Padamkan Lampu Ketika Tidur
1.45 tengahari


Memadamkan lampu ketika tidur malam bukan sahaja membuatkan anda lena sepanjang malam tetapi ia juga dapat mencegah penyakit seperti kanser payudara atau kanser prostat. Ini kerana hanya keadaan gelap, tubuh dapat menghasilkan hormon melantonin yang dapat mencegah penyakit. Cahaya lampu atau cahaya dari televisyen boleh menyebabkan hormon semakin lemah. Oleh itu, memadamkan lampu ketika tidur dapat meningkatkan kesihatan tubuh.

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulangsiar pada hari Khamis, 20 Oktober 2011.

Post a Comment