Thursday, June 25, 2009

Rabu - 8 Julai 2009

Khasiat Teh Hijau & Kopi
10.45 pagiTeh hijau menjadi pilihan mereka yang ingin berdiet. Hasil kajian menunjukkan pengambilan 5 cawan teh setiap hari dapat merangsang pembakaran lemak.

Kopi pula boleh membantu mengurangkan nafsu makan sehingga 35%. Kafein yang terkandung di dalamnya membuatkan anda bersemangat selain membantu membakar lemak sehingga lebih 30%. Tetapi, perhatikan kandungan kafeinnya terlebih dahulu, sebaiknya, maksimumkan meminum kopi 2 cawan sahaja, tetapi jika anda menghidap sakit jantung atau darah tinggi adalah lebih baik sekiranya perbanyakkan minum air kosong sahaja.


Atasi Kulit Berkedut
1.45 tengahari

Umur yang semakin meningkat menyebabkan kulit cepat berkedut dan tidak lagi berseri. Bagi melambatkannya, mungkin anda boleh mengamalkan petua ini. Mula-mula, ambil lobak merah bersih dan diparut. Setelah itu, campurkan dengan sebutir kuning telur dan satu sudu tepung jagung. Kacau bahan-bahan ini sehingga sebati dan kemudian bolehlah dilumurkan ke muka. Lakukan sekali sehari pada waktu petang dan bilas dengan air suam ketika hendak masuk tidur. terus amalkannya sehingga anda mendapat hasilnya.

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulang siar pada hari Khamis 30 Jun 2011.

Post a Comment