10.45 pagi
Jerawat terjadi apabila- Liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar.
- Terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak dan keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh gen seseorang.
- Terdapatjangkitan bakteria pada dukta liang roma disebabkan oleh bakteria Propionebacterium Acne
- Bintik putih atau hitam
- Bonjol merah yang bernanah atau tidak
- Bintil dan pembentukan cista (berair) yang mungkin akan mengakibatkan parut
- Perubahan hormon pada remaja perempuan semasa datang bulan
- Alat solek yang berasaskan minyak
- Gel rambut
- Memicit jerawat
- Tekanan hidup
- Mengandung
- Ubat-ubatan seperti streroid, phenytoin (dilantin) atau lithium
(bersambung jam 1.45 tengahari)
1.45 tengahari
Jerawat biasanya menjadi bertambah teruk di kalangan remaja terutama remaja lelaki. Bahkan kita boleh mendapat jerawat pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50 tahun. Jika ibu bapa anda mempunyai masalah jerawat, berkemungkinan besar anda juga boleh mendapatnya.
Anda boleh menghindari atau mengawal jerawat dengan cara
Anda boleh menghindari atau mengawal jerawat dengan cara
- Mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut.
- Mengelak daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. Pilih kosmetik yang berasaskan air.
- Mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit anda. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Lebihkan minum air kosong
- Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit
- Mengurangkan tekanan dan mengamalkan teknik merehatkan diri.
1 comments:
Diulang siar pada hari Khamis 4 Ogos 2011
Post a Comment