- Kebersihan tubuh haruslah dijaga terutama pada daerah berambut
- mandi perlu benar-benar bersih. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan lakukan skrub tubuh badan di antara 2 atau 3 kali seminggu. Jika perlu, gunakan sabun antiseptik.
- Pemilihan sabun mandi harus diambilkira. Bagi yang mengalami masalah bau badan, gunakanlah sabun antiseptik untuk mencegah bau tersebut. Tetapi, bagi yang mudah terkena alergi, sebaiknya jangan terlalu sering memakai sabun antiseptik. Adalah lebih baik memakai sabun yang "natural" sahaja.
- Pemakaian sabun antiseptik perlu dilakukan jika tubuh benar-benar kotor misalnya selepas selesai berkebun atau bermain bola.
- Selesai mandi, taburkan besak yang bersifat menyerap air ke seluruh tubuh. Jangan lupa memakai deodoran.
- Gunakan pakaian yang diperbuat daripada bahan yang mudah menyerap peluh dan cucilah pakaian yang telah dipakai dan hindari memakai pakaian secara berulang-ulang.
- Jangan terlalu kerap makan makanan yang pedas dan hindari makanan tertentu yang menimbulkan bau seperti bawang putih atau merah atau petai.
- Jika tubuh berpeluh, segeralah mengelapnya atau tukarlah baju lain dengan segera jika perlu.
1.45 tengahari
Tips mengatasi bau badan
- Pastikan ketiak anda sentiasa kering. Jika berkesempatan, pergilah ke tandas setiap kali ketiak anda terasa basah dan lapkan dengan tisu. Oleskan dengan bedak anti-peluh atau deodoran. Elakkan mengoles deodoran sewaktu ketiak masih basah atau berpeluh.
- Sesekali minum ramuan air daun sirih atau bila perlu mandi dengan air daun sirih kerana air daun sirih mengandungi ejen yang dapat mengurangkan pengeluaran kelenjar peluh.
- Untuk mencegah berkembang biaknya bakteria, faktor lain pendorong bau badan adalah kegemukan. Jadi berusahalah menurunkan berat badan anda kerana peluh lebih cenderung terperangkap di antara lipatan-lipatan kulit tersebut.
- Stres dan emosi juga mempengaruhi kelenjar "apokrin" untuk bekerja lebih efektif dan produktif sehingga memburukkan lagi masalah bau badan.
- Hindari pakaian yang menggunakan bahan sintesis seperti nilon terutamanya sewaktu cuaca panas. Gunakan pakaian berkain kapas yang dapat menyerap peluh.
- Jangan mencampurkan wangian secara berlebihan kerana kadang kala ia menghasilkan aroma yang semakin pelik atau busuk, apatah lagi jika bercampur dnegan peluh anda.

1 comments:
Diulang siar pada hari Jumaat, 5 Ogos 2011.
Post a Comment