Monday, June 29, 2009

Rabu - 15 Julai 2009

Petua Tradisional Mengatasi Masalah Bau Badan
10.45 pagi
  • Ambil 4 hingga 6 helai daun sirih. Rebus dengan 2 gelas air. Air rebusannya diminum setiap pagi dan boleh ditambahkan sedikit gula.
  • Air perahan segenggam daun sirih dicampur dengan jeruk limau. Gunakan sebagai deodoran. Caranya, gosokkan ke bahagian ketiak sebaik sahaja selesai mandi dan sebelum tidur.
  • Ambil 2 ketul kunyit, kemudian kupas dan cuci sehingga bersih. Parut kunyit tersebut. Campur dengan 2 atau 3 gelas air panas yang sudah dicampur gula. Kacau sehingga rata. Biarkan sebentar sehingga kunyit mendap di dasar gelas. Amalkan minum sebelum tidur.

Tips Mengurangkan Toksin Dalam Tubuh
1.45 tengahari


  • Kurangkan pengambilan kopi, teh, minuman berkarbonat dan bahan perangsang secara berlebihan.
  • Kurangkan makanan pedas, berasid atau mengandungi fiber yang tinggi.
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
  • Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Antaranya kekacang, ulam raja, pegaga, kacang botol, rambutan dan tembikai.
  • Kurangkan pengambilan cendawan atau bayam. Buah seperti Ciku mempunyai fiber kasar dan lama-kelamaan boleh manghakis usus.
  • Amalkan makanan kesihatan sebagai tambahan diet.
  • Elakkan makanan bergoreng dan berminyak
  • Hadkan pengambilan gula serta makanan yang diproses dan ditapis.
  • Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulang siar pada hari Khamis, 15 September 2011.

Post a Comment