Wednesday, June 24, 2009

Khamis - 2 Julai 2009

Susu untuk Sihat dan Cantik
10.45 pagi

Pengambilan susu setiap hari membolehkan kita mendapat tulang dan gigi yang sihat. Susu juga penting pada setiap wanita kerana ia mengandungi kalsium tinggi yang akan membantu memerangi osteoporosis atau pereputan tulang. Susu juga boleh menjadi senjata utama dalam kecantikan wajah dan tubuh anda. Manfaat dan penggunaan susu boleh menjadikan kulit kita bersinar.

Masker Susu
Anda boleh memakai masker dengan bahan dasar yogurt atau susu sebagai masker. Ia membantu membuang kotoran dan mengembalikan seri di wajah. Caranya dengan mancampurkan dua sudu teh vitamin E ke dalam bekas, tambahkan dua sudu teh yogurt, setengah sudu teh masu dan jus lemon. Campur semua bahan ini sehingga sebati. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan meresap selama 15 minit. Cuci wajah anda dengan air suam sehingga benar-benar bersih.

Mengecilkan pori-pori
Jika anda mempunyai masalah dengan pori-pori besar, terbuka dan inginkan kulit bersinar, gunakan krim masam. caranya, ambil krim masam secukupnya, cuci wajah dan leher dengan krim tersebut. Tunggu selama 15 minit dan cuci bersih.

Menyembuh luka
Susu juga terbukti baik dalam mengurangkan iritasi kulit, meringankan bintik-bintik merah pada bayi, mengurangkan reaksi alergi pada kulit dan membantu dalam menyembuhkan luka pada badan.

Mandi susu dengan menambahkan secangkir susu ke dalam air mandian, mampu menambahkan nutrisi pada kulit serta melembutkannya. Selain itu, proses scrubbing atau pengelupasan kulit juga memerlukan susu. Prosesnya, larutkan sedikit garam dalam air yang mendidih, kemudian tambahkan empat cangkir susu segar tanpa lemak ke dalam air mandian tersebut yang suam-suam kuku. Seterusnya, berendam di dalam air mandian tersebut selama 20 minit. Gunakan tuala kecil dan lakukan scrubbing pada tubuh anda dengan perlahan dan jangan terlalu kasar. Selain dapat mencerahkan kulit, susu juga mampu mengurangkan bengkak. Jika anda sedang menderita iritasi atau kulit sensitif, gunakan susu manis atau masa, baik krim mahupun buttermilk, dan biarkan sehingga kering.

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulang siar pada hari Khamis, 28 Julai 2011.

Post a Comment