10.45 pagi

- Kawal jenis makanan yang diambil, sinaran matahari, produk yang digunakan, pengaruh persekitaran seperti pencemaran udara serta kesihatan mental.
- Lakukan perawatan wajah secara teratur. Biarpun ada ketikanya anda tidak mengenakan sebarang solekan, perawatan wajah secara teratur tetap perlu dilakukan meliputi pembersihan kulit, penggunaan skrub bagi menghilangkan sel-sel kulit mati, memperbaiki aliran darah melalui urutan, pengambilan serum atau masker yang mengandungi bahan pelembap kulit dan berperanan sebagai antioksidan.
- Sentiasa menyapu krim pelindung matahari seawal mungkin dengan SPF 15 yang mengandungi titanium doksida untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari yang mengakibatkan perubahan warna kepada kulit, kedutan dan kekenduran kulit.
- Perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang berwarna sebagai sumber nutrien dan antioksidan untuk kecantikan kulit. Elakkan makanan ringan.
1.45 tengahari
- Amalkan pengambilan produk yang berasaskan kekacang contohnya kacang soya. Begitu juga dengan pengambilan ginseng dan teh sebagai sumber estrogen semulajadi. Amalkan teh hijau sebanyak dua cawan sehari kerana ia mengandungi antioksidan dan baik untuk kesihatan kulit.
- Minum air putih sebanyak lapan gelas sehari. Paling sedikit pun kira-kira 2.5 liter sehari untuk menjaga kelembapan kulit. Kurangkan pengambilan kopi dan minuman ringan.
- Ambil makanan tambahan berantioksidan mengikut kadar yang sepatutnya seperti vitamin A (beta karoten), vitamin C, E, B-kompleks dan beberapa mineral seperti selenium.
- Bersenamlah dengan teratur untuk melancarkan sistem peredaran darah. Penyerapan nutrien dan oksigen pada sel-sel kulit juga lebih baik serta mempercepatkan pembentukan sel-sel kulit baru. Senaman terbaik adalah yang boleh mengerakkan sebahagian besar otot seperti berjoging, senam robik dan berenang. Minimum adalah tiga kali seminggu selama 30 minit.
1 comments:
Diulang siar pada hari Jumaat, 1 Julai 2011.
Post a Comment