Tuesday, February 9, 2010

Rabu - 17 Februari 2010

Sihat dengan Sayuran Mini
10.45 pagiSayuran mini kaya kandungan zat berbanding sayuran biasa yang bersaiz normal. Selain kaya serat ia juga mengandungi mineral dan vitamin sebagai antioksidan. Sayur mini tidak jauh bezanya dengan sayur biasa. Sayur jenis ini berukuran kecil serta warnanya menarik dan cerah. Rasanya juga lebih empuk dan bertekstur halus. Contoh sayuran mini ialah kacang buncis, tomato ceri dan lain-lain lagi.


Kelebihan Jus Campuran
1.45 tengahari
Jus buah dan sayuran memberi kesemua manfaat kesihatan dalam program diet anda. Dengan meminum jus, anda dapat mengurangkan pelbagai risiko penyakit. Bagi yang sibuk, membeli jus di kedai lebih praktikal berbanding membuatnya sendiri di rumah. Campuran pelbagai jenis buah dan sayuran menjadikan jus lebih menarik di samping menambah khasiat jus itu sendiri. Mengambil buah dalam bentuk jus lebih menguntungkan berbanding yang dipotong.

0 comments:

Post a Comment