Wednesday, November 18, 2009

Jumaat - 4 Disember 2009

Makanan Untuk Kesihatan Mata
10.45 pagiMemilih makanan yang bermanfaat untuk kesihatan mata sebenarnya mudah sahaja. Kurangkan makanan manis dan pilihlah makanan yang banyak mengandungi vitamin C, beta karotena, vitamin E, vitamin B2, vitamin B6, selenium, zink, bioflavonoid dan asid lemak esensial.

Biji anggur mengandungi antioksidan yang sangat kuat yang berkhasiat menghaluskan kulit dan juga memperbaiki peredaran darah, memperbaiki pembuluh kapilari dan kerosakan saraf. Zat dalam biji anggur juga dapat memperbaiki penglihatan dan mengembalikan fungsi retina terutama yang rosak akibat pendarahan pembuluh darah di mata dan ketidakseimbangan gula dalam darah.



Berfikiran Negatif Punca Diserang Sakit
1.45 tengahari
Sentiasa berfikiran negatif punca kepada pelbagai permasalahan. Berfikiran negatif punca mudah diserang penyakit. Kajian saintis berpendapat bahawa pemikiran negatif boleh menyebabkan seseorang itu mudah jatuh sakit kerana sistem ketahanan badan sentiasa menjadi lemah.

Ujian yang dilakukan terhadap sukarelawan yang disuruh memikirkan perkara sedih menunjukkan satu bahagian otak yang dikaitkan dengan pemikiran negatif menyebabkan peserta menjadi murung.

Kajian yang dilakukan itu merupakan yang pertama menunjukkan kaitan terus antara otak dan fungsi ketahanan badan. Buang sifat negatif, sebaiknya fikirkan yang positif untuk diri kita sendiri.

0 comments:

Post a Comment